10 GAMBAR INOVASI DALAM PENDIDIKAN



         BRAILLE SENSE POLARIS


Braille Sense Polaris merupakan alat untuk membuat nota bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan. Alat ini berharga sangat tinggi dan hanya didapati di negara maju seperti Jepun, Jerman, dan Perancis. Alat ini sangat membantu individu yang mempuyai masalah penglihatan kerana alat ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Alat ini juga mempunyai perisian internet dan juga kemudahan audio.


1    ALAT PENGESAN STRESS

Alat ini mempunyai sensor yang dapat mengesan tahap stress seseorang individu. Ia dipakai di pergelangan tangan sama seperti memakai jam. Alat ini mengesan tahap stress melalui denyutan nadi seseorang. Dengan menggunakannya, anda akan tahu bila waktunya anda perlu mengambil angin di luar agar anda tidak menerima serangan jantung.

1   
      PEN SERBA BOLEH

Penciptaan teknologi pada masa kini mencipta teknologi pen yang baru yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang terkini. Teknologi pen yang terkini ini mempunyai ciri-ciri spesifikasi seperti mempunyai spy kamera dan usd (thumb drive) yang dapat menyimpan maklumat yang diperlukan. Pen ini juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja kerana rekaanya yang kecil dan memenuhi citarasa pengguna.





1    CERMIN MATA BERKAMERA

Kaca mata hitam yang bergaya ini dilengkapi kamera digital yang tersembunyi. Merakam apa sahaja yang anda pandang dan lihat tanpa ada yang menyedari. Dilengkapi dengan 4GB kad mikro SD (mampu maksimum hingga 32GB), ianya berupaya merakam video beserta audio hingga selama 120 minit. Kaca mata ini akan merakam apa sahaja yang dipandang.




1   PEN MP3

Pen mp3 merupakan alat yang boleh digunakan sebagai alternatif lain menggantikan radio. Alat ini mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil. Selain itu pen ini juga boleh digunakan untuk tujuan menulis. Pen ini juga sesuai digunakan dalam pendidikan kerana ia mampu untuk merakam suara khususnya ketika dalam pembelajaran.




1   PLAIN COMPUTER

Komputer yang canggih untuk insan yang canggih. Inovasi ini dicipta untuk generasi akan datang dengan skrin sesentuh dan bentuk yang tidak sarat. Para pelajar sudah tidak perlu lagi untuk membawa buku yang banyak ke sekolah dengan adanya teknologi canggih ini. Komputer ini juga ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.





1   HOLOGRAM


Teknologi hologram saat ini semakin dekat dengan kehidupan pada era ini. Teknologi ini dapat  mengabungkan, projektor-projektor ini membuat gambar yang lebih kompleks. Bahkan, keyboard projektor sudah direalisasikan. Teknologi ini sesuai untuk diadaptasikan dalam system pembelajaran pada masa akan datang kerana pelajar akan mudah memahami pelajaran mereka apabila melihat visual yang ditayangkan.





1   PRINTER 3D

Printer 3D adalah alat cetak dalam bentuk tiga dimensi, percetakan  ini akan menjadi salah satu trend teknologi pada masa hadapan. Cara kerjanya hampir sama dengan pencetak yang biasa kita lihat namun ia mengeluarkan gambar yang lebih jelas kepada kita dalam bentuk 3 dimensi.





1    FROG VLE

Berkeupayaan untuk menyunting ikon yang terpapar dalam menu Quick Launch. Selain itu,
ciri tugasan pantas yang menjimatkan masa ketika memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar. Para pelajar dapat menghantar tugasan tepat pada masanya. Dapat belajar melalui alam maya.




1    ECO SMART DAN INTERACTIVE BOARD


Melalui teknologi ini murid bukan sahaja dapat berinteraksi dengan guru tetapi juga dapat mencuba pelbagai aktiviti yang telah dimuatkan ke dalam system ini. Murid juga dapat menonton video dan melihat gambar mengikut topic yang ingin dipelajari.





Comments